Pasar tani

Posted by My Profile | 4:19 AM | | 0 comments »

Pasar tani pagi sabtu menjual hasil dari kebun, hasil product herba dan pelbagai hasil pertanian dan produk hiliran.

Ada yang murah, ada juga harga nya tak berapa murah la jika dibandingkan dengan jualan di pasar.

Pagi-pagi lagi makcik, pakcik, abang akak telah keluar untuk memudahkan letak kereta dan juga untuk mengelakan kesesakan.

Ada yang menawar setawar tawar nya namun ada juga yang terus membayar bila di sebut.

Lokasi penting, untuk memudahkan pengguna datang membeli. Tak semua berkereta, ada yang datang dengan bus atau teksi, terutama di kawasan kampung. Andai jauh dari perhentian bus mau pun teksi, tentu la kesian makcik makcik yang bakulnya sarat membawa sayur dan buah buahan yang di beli untuk pulang.

Ada juga yang datang membeli sarapan pagi kerana ada antara mereka yang menjual kueh mueh. Begitulah pasartani unik dan tersendiri.

0 comments