Gelihati

Posted by My Profile | 7:17 PM | | 2 comments »


He he gelihati. abstrak sifatnya. Ada yang sengaja ada yang tidak. Orang bawak mee goreng terlepas pun boleh buat orang geli hati, ketawa terkekeh kekeh. Orang yang terduduk di lantai bus di saat drivernye mengambil selekoh tajam pun boleh buat orang geli hati.Itu belum lagi lawak jenaka oleh pengeli hati (comedian) yang profesional. Sesuai la nama nya gelihati, hati yang di geli kan oleh kejadian dan keadaan yang susah untuk di tafsirkan, hanya yang geli hatinya saja yg tau apa yg buat dia gelihati. Ada yang susah nak berhenti, dah berhenti pun boleh sambung balik gelihatinya bila teringat hal tadi.

Apapun memang happy habis, lupa segala masalah di saat kita gelihati. Ada yang terus ingat Tuhan dengan beristigfar bila dirasakannya gelihatinya itu sudah berlebih had hingga berjurai air mata. Lagi aneh, yang gelihati melihat/mendengar sekumpulan orang lain ketawa berderai derai, dia pun ikut ketawa. He he dia benar benar gelihati melihat orang gelihati. Sebab he he dia pun tak tau. Memang gelihati, keh keh keh

2 comments

  1. Anonymous // April 24, 2009 at 1:42 PM  

    portdickson

  2. kakteh // April 25, 2009 at 4:23 PM  

    Memang betul tu,pc..akak pun kalau tengok cerita lawak lagenda kita,P.Ramlee...boleh ketawa lagi walaupun akak dah tahu lucunya kat mana...tengah serius tetiba boleh ketawa terbahak-bahak...tapi tengok cerita-cerita sekarang,hok lawak pun tak terasa nak ketawa..(Bukan semualah,kan...)