Sketsa balik dari kerja....
Posted by My Profile | 9:10 PM | Sketsa balik kerja ambil angin wind drive school | 0 comments »
Balik dari kerja 5.30 gi ngeteh, rehatkan otak dulu. Tongkat Ali tuu..
On the way, layan corner.
Sentiasa peka dengan alam sekitar, brek jangan tak brek
Terlanjur dah slow down, mata mula lah memandang kiri
dan kanan jalan menikmati keindahan alam
Dah nak sampai pun. Slow sikit...
Dah sampai pun, tunggu 6.20pm budak kuar kelas.
Dah 6.25pm syok lak tengok anak anak ni balik sekolah, riang je.
Matahari sudah mula nak melabuhkan tirainya.terasa gak letih badan.
Dah nak sampai rumah...nak ujan ke malam ni.ujan best gak.
Burung burung pun dah balik rumah. Setan dah mula nak keluar.
Nabi kata tutup pintu sebut nama Tuhan, tutup makanan.
Air bang..thanks my dear..anak pak, standby, dah nak magrib ni...
rasa nak terbaring pun ada ni..he he..
Teman malam, menemani malam di depan komputer hanya sebuah bekas habuk, secawan plastik tongkat ali, se ulas lighter dan sekotak r*k*k. Ada lagi, mata yang belum mengantuk, kipas angin yang ligan berpusing, cahaya dari lampu kalimantang dan bunyi detik jam berdetik detik di dinding. Ada lagi, anak isteri yang telah pun di buai mimpi, gelap malam di luar dan sayup sayup bunyi keretapi melintasi jambatan di kampung nun jauh di sana. Ada lagi ke, ada, sesekali bunyi cicak yang degil. Habis dah rasanya, ada lagi la, nafas yang turun naik dan jantung yang masih berdegup. Habis dah, ada lagi ke, ada, ada lagi satu, idea yang tak putus putus mengalir dari otak ke jari. Ah habis dah..pasti habis...ada satu lagi la....malaikat yang sedang menulis buruk dan baik di kiri kanan yang wajib kita percaya. dan tentu ada lagi...semut semut halus, kuman kuman di dalam tubuh yang membantu proses penghadaman dan tentu ada jin yang sedang berkulu kilir merayau di luar dan tak mustahil menjengah jengah apa manusia ini sedang buat, tak tidur lagi. Ada syaitan syaitan yang menghasut bertenggek tengek di screen, mempelawa dan menampak kan indah nya laman laman web yang terlarang. Dan tentunya ada suara suara malaikat melintasi hati mengingatkan tentang dosanya..dan tentu ada lagi dan lagi, tapi yang paling syahdu yang menemani malam ini ialah terkenangkan andainya malam esok aku tiada di sini, apa kah aku sedang buat di sana. Astagfirullah al' Azim.
Lama sungguh rasanya hujan tidak turun, hari hari yang dilalui samada siang mau pun malam, ditemani bahang, panas sungguh rasanya. Hujan yang diharap kan oleh semua makhluk berjisim masih belum turun, rumput lalang dan tumbuhan makin memerang kerana proses photosintesis gagal berfungsi dengan baik akibat kurang air. Berhentilah bermaksiat kerana mungkin ni punca nya, berhenti la membazir air kerana mungkin ini puncanya, berhenti lah merosakkan ekosistem kerana ini mungkin punca nya. Hanya Tuhan yang tahu apa punca sebenarnya..kita berdoalah agar rahmat hujan itu menjadikan makhluk lebih bersyukur...
Ada road block la pulak..... pakai talipinggang cepat..masa tu la pulak tali pinggang keledar tak sporting, dia buat ragam..tersangkut, tarik tarik, tak boleh jugak. Nasib baik kalu, depan ada kereta, polis tengah perikse, bawak bawak bertenang dan tarik semula tali pinggang keledar, insyaAllah tak sangkut, legaa...
Ni lah phenomena yang biasa berlaku andai jalan yang hari hari kita lalui, jarang sungguh di buat roadblock, sesekali ada, osah ramai yang kantoi punye, terutama penunggang motor lah.
Sepatutnya keluar rumah dalam keadaan bersiap siaga. itulah yang lebih afdhal.
A loving couple caught on camera - a road safety promo
Posted by My Profile | 1:23 AM | cow loving couple road safety promo caught on | 3 comments »Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki,
Berguru ke palang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Begitu la pesan tok nenek dulu dulu, walaupun dalam pantun, tapi dalam maknanya. Bersungguh sungguh lah adik adik, oppss.. anak anak dalam menimba ilmu demi kejayaan dan kebaikan diri sendiri. Main main hanya merugikan diri sendiri , bila diri rugi bermakna umat keseluruhannye turut rugi, emm... betul tak?
Pasar tani pagi sabtu menjual hasil dari kebun, hasil product herba dan pelbagai hasil pertanian dan produk hiliran.
Ada yang murah, ada juga harga nya tak berapa murah la jika dibandingkan dengan jualan di pasar.
Pagi-pagi lagi makcik, pakcik, abang akak telah keluar untuk memudahkan letak kereta dan juga untuk mengelakan kesesakan.
Ada yang menawar setawar tawar nya namun ada juga yang terus membayar bila di sebut.
Lokasi penting, untuk memudahkan pengguna datang membeli. Tak semua berkereta, ada yang datang dengan bus atau teksi, terutama di kawasan kampung. Andai jauh dari perhentian bus mau pun teksi, tentu la kesian makcik makcik yang bakulnya sarat membawa sayur dan buah buahan yang di beli untuk pulang.
Ada juga yang datang membeli sarapan pagi kerana ada antara mereka yang menjual kueh mueh. Begitulah pasartani unik dan tersendiri.
Atok balik dulu, jumpa lagi ada masa nanti..insyaAllah. Assalamualaikum...
Kami masih ingat dan sentiasa akan ingat setiap gerak geri, tanggis dan tawa kamu semasa kamu masih bayi, semasa kamu masih kanak kanak. Setiap kali kami lihat itu, kami tersenyum, kami ketawa sendiri. Ada masanye sayu. Itulah yang sentiasa menjadi memori setiap ibu dan bapa yang mustahil untuk di padamkan atau di tukar ganti. Sedewasa mana pun kamu, yang kami lihat didepan mata kami, anak kecil yang pernah menjadi penawar hati kami, yang pernah buat kami merasa kebesaran Tuhan yang maha pencipta dan maha hidup.
Doa kami semoga anak anak berjaya dan selamat dunia akhirat. Sentiasa ingat Pencipta kamu dan cari lah kemakmuran dalam redha Nya.
Untuk kami biarkan lah memori sewaktu kamu kecil terus menjadi penghibur di hati sementara menanti hari yang pastikan sampai.
Kami ada ibu dan bapa yang merindui kami dan kamu juga insyaAllah akan ada anak anak untuk kamu rindui.
PM Malaysia ke 6, tahniah Dato' Najib. Semoga berjaya mentadbir negara dgn penuh keadilan dan berusaha ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan umat islam.
Ucapan beliau berkaitan keinsafan, bukan kuasa yang di fikirkan mudah-mudahan benar benar mengisi jiwanya dalam mentadbir negara.
Sama sama lah kita doakan agar keinsafan itu berterusan dan mantop gitu.
Zaman Saidina Umar dulu, ada sahabat yang berani menyatakan, jika engkau Umar tidak betul,
pedang ini akan membetulkan mu. Tapi sekarang sukarlah nak cari rakyat yang macam tu,
dari itu, sendiri mau ingatlah.
Pemimpin mesti baik,rakyat mesti baik baru semua nya akan bertambah baik