Anak Ku

Posted by My Profile | 11:37 PM | 0 comments »


Kami masih ingat dan sentiasa akan ingat setiap gerak geri, tanggis dan tawa kamu semasa kamu masih bayi, semasa kamu masih kanak kanak. Setiap kali kami lihat itu, kami tersenyum, kami ketawa sendiri. Ada masanye sayu. Itulah yang sentiasa menjadi memori setiap ibu dan bapa yang mustahil untuk di padamkan atau di tukar ganti. Sedewasa mana pun kamu, yang kami lihat didepan mata kami, anak kecil yang pernah menjadi penawar hati kami, yang pernah buat kami merasa kebesaran Tuhan yang maha pencipta dan maha hidup.

Doa kami semoga anak anak berjaya dan selamat dunia akhirat. Sentiasa ingat Pencipta kamu dan cari lah kemakmuran dalam redha Nya.

Untuk kami biarkan lah memori sewaktu kamu kecil terus menjadi penghibur di hati sementara menanti hari yang pastikan sampai.

Kami ada ibu dan bapa yang merindui kami dan kamu juga insyaAllah akan ada anak anak untuk kamu rindui.

0 comments