Email Buat Tok Mat

Posted by My Profile | 11:59 PM | , , | 1 comments »

From: xx
To: mbns@ns.gov.my
Sent: Tuesday, May 26, 2009 1:51:50 PM
Subject: Bangunan futsall di depan rumah dan sebelah surau-Taman Sedia Raja, Chembong

Assalamualaikum Tok Mat,

Saya xxxxx bin xxxxxx alamat xx jalan TSR x Taman Sedia raja, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan yang juga ahli Umno berdaftar ingin memohon jasa baik Tok Mat atas perkara berkaitan pembinaan bangunan futsall di padang di taman saya seperti alamat di atas.

Bukan lah saya minta di henti kan, cuma elok di alihkan ke bahagian lain padang yang amat luas itu. Untuk diri saya dan kelaurga saya tentu lah tidak selesa bila ada bangunan yang jarak nya hanya 5,6 kaki dari pagar rumah, dengan bising dan dan berbagai keajadian yang mungkin boleh berlaku terutamanya di sebelah malam kesan dari permainan futsal itu seperti bunyi bising motor, sampah (andaian saya)

Kedua untuk surau pula, amat tidak mulia, jika di waktu magrib nanti di saat azan di laungkan, ada anak anak muda yang bersiap sedia untuk bermain futsall. mentelah pula jika ada lelaki dan perempuan. Bukan lah saya baik sangat, cuma benda yang patut di elak, elok di elakan.

Bersama ini saya sertakan gambar projek tersebut, yang baru bermula hari ini.

Jasa baik Tok Mat amat di hargai, mentelah pula ini adalah satu lagi projek oleh Barisan Nasional

Terima Kasih kerana sudi membaca email rakyat.

Yang Benar

xxxxx bin xxxxxx

1 comments

  1. FK // February 26, 2011 at 8:13 AM  

    As Salam, emmm, dah hampir satu hari ular ini dok kat sliding doornyer grill, tak bergerak seinci pun, nak halau, comel lak tgk, dok la situ baik baik, jgn masuk udah ler :) Sape tau ni ular apa, bahaya tak