Vandalism merosakan tamadun

Posted by My Profile | 12:21 AM | 0 comments »



Vandalism masih lagi menjadi antara punca kemudahan asas tidak dapat dipercanggihkan lagi atau di "upgrade" mengikut perkembangan teknologi semasa. Kita selalu melihat di luar negara, kemudahan asas yang begitu canggih malah sebahagian darinya disediakan dalam keadaan yang begitu berseni. Bukan sekadar teknologi yang disediakan tapi menjadi hiasan landskap. Ada yang begitu artistik menunjukkan ketinggian senibina yang digabungkan dengan teknologi.

Jangan dibiarkan vandalisma menjadi budaya masyarakat kerana vandalisma merugikan bukan sahaja dari segi kos tapi juga merugikan tamadun sesuatu negara atau bangsa itu sendiri.

Vandalism :
Dictionary.reference.com-deliberately mischievous or malicious destruction or damage of property.
mykamus.my- perbuatan merosakkan hasil seni, kemudahan atau keindahan alam, perosak

0 comments